Sunday, November 15, 2009

About Us!


LarvaBAND bermula dengan bertemunya 4 rakan yang masing-masing mempunyai minat yang sama dalam bidang muzik. Mereka bergabung dan membentuk satu band yang di beri nama LarvaBAND. LarvaBAND dibentuk dengan identiti sendiri bermula dari imej, konsep sehingga ke muziknya.

LarvaBand terdiri daripada Jujo(vokal), Andish(gitar utama), Zalee(Bass), Kechik (gitar) dan Que(drum). Kumpulan ini diberi nama Larva kerana mereka mengibaratkan diri sebagai seekor beluncas yang akan bertukar menjadi rama-rama dan terbang jauh apabila tiba masanya. Sedikit sebanyak ianya menjelaskan perjalanan seni LarvaBAND.

Pada awalnya, kumpulan ini diberi nama SOUL OUT dan ditubuhkan hanya sekadar mengisi masa lapang dengan hanya membawa lagu-lagu oleh artis berkumpulan yang terkenal seperti Flop Poppy, Pretty Ugly, Dewa 19, Andra & The Backbone dan artis-artis lain sealiran dengan mereka. Kumpulan ini pernah diberi peluang untuk menjadi tetamu undangan dalam satu program tv ASTRO-Muzik@Ria pada tahun 2005 bersama Flop Poppy. Dari situ timbul semangat untuk meneruskan karya dan berkongsi bersama penggemar muzik tanahair.

Dua tahun masa diambil untuk menghasilkan sebuah karya yang unik dan berkualiti. Pada tahun 2007, terhasil beberapa buah lagu seperti “Perjalanan”, “Patah Sayap”, “LARVE”, “Mimpi” dan “Hingga Nanti”. Dengan keyakinan yang ada, kumpulan ini telah melibatkan diri dalam beberapa gig yang diadakan di Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Pelbagai perancangan telah di buat bagi meneruskan perjuangan LarvaBAND. Single terbaru yang bakal di perdengarkan si stesen-stesen radio tempatan berjudul “Saat Terakhir” telah siap dirakam. Promosi asas ke media cetak dan elektronik dijalankan pada awal Disember 2009.

No comments:

Post a Comment